Buah Pala Legakan Sakit Kepala
Buah pala yang dikeringkan, diasah atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan beberapa titisan air putih atau air mawar, bagi menambah kesegaran. Sapukan campuran itu di dahi atau dibelakang leher. Biarkan seketika sehingga kering. Ketika menyapu campuran itu hendaklah berhati-hati kerana ia agak pedih atau pedas. Jangan sapu terlalu banyak ditakuti kulit akan menjadi sensitive.
Biarkan sapuan itu kering anda akan rasa berangin dan pedih atau pedas sebentar biarkan seketika dan rehat.
Akan terasa juga kesannya, terutama apabila sakit kepala itu agak berdenyut. Perlu di ingat, apabila menggunakan petua ini jangan disapu berkali-kali dan hentikan sebaik sahaja rasa pening kepala terasa pulih, kerana ia boleh merusak kulit akibat rasa pedas buah pala.
Add comment Mac 17, 2008
Apple Pie
Bahan-Bahan
250 g mentega
500 g tepung gandum, diayak
¾ sudu teh garam
1 biji telur. dikocak dengan
5 sudu makan air wap (sejuk)
Bahan Inti Pie
6 biji buah epal hijau, dipotong-potong
6 sudu teh raisin
1 sudu teh serbuk kayu manis
150 g gula pasir
30 g mentega
Cara Cara
Gaulkan mentega dengan tepung dengan mengunakan jejari
sehingga menjadi abuk roti. Masukkan campuran air dan
telur, sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang
lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama
10-20 minit. Canai doh sehingga tipis dan dipotong-potong empat persegi.
Isikan inti epal diatas setiap kepingan doh. Lipat dua dan
lekatkan dengan sedikit air sekelilingnya. Tekankan dengan
garfu sehingga bercantum rapat. Sapukan kuning telur
diatasnya dan atur dalam tin pembakar. Bakar dengan
kepanasan 200 darjah selama 20-25 minit, atau sehingga
kekuning-kuningan.
Cara Buat Inti
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga
epalnya lembut dan sejukkan.
Add comment Mac 3, 2008
Khasiat Inai
Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.
Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.
Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.
Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Add comment Februari 15, 2008
Puding Roti
Bahan-Bahan
Sebantal Roti, dipotong dua atau empat
500ml susu segar
2 biji telur
10 keping keju Cheddar, dihiris
200g keju mozarella
100g gula
100g buah-buahan kering
sedikit mentega untuk disapu di tin pembakar
Cara Cara
Panaskan ketuhar pada 160 darjah. Sapukan mentega pada tin pembakar. Lapiskan kepingan roti ke dalam tin pembakar dan kemudian taburkan keju Cheddar dan buah-buahan kering. Ulangi untuk lapisan kedua. Kemudian lapiskan keju Mozzarella ke dalam tin pembakar dan ketepikan. Pukul susu, telur dan gula hingga sebati dan larut. Tuangkan ke dalam tin pembakar. Bakar Puding Roti selama 30 minit pada 160 darjah.
Add comment Februari 10, 2008
Jintan Hitam
Selain dari menjadi bahan rempah masakan, Jintan Hitam juga banyak khasiatnya bagi kesihatan. Jintan Hitam selain dari meningkatkan fungsi sistem ketahanan diri ia juga boleh mengurang masalah asma, menghalang pembentukan sel-sel tumor dan mengandungi sifat anti-radang yang dapat mengurangi artiritis.
Untuk mengelak kembung perut pada bayi yang baru lahir, bungkus bijian jintan hitam dalam bungkusan kain jarang yang di ikat. Bungkusan itu kemudian di ganggang di atas api buat seketika , sehingga kehangat-hangatan, digunakan untuk menuam bahagian perut dan betis bayi. Ulangi proses ini selama 40 hari setiap kali selepas mandi. Cara ini dipercayai dapat menahan angina dan mengurangkan masalah kembung perut pada bayi.
Add comment Februari 2, 2008
