Archive for Oktober 2007
Serunding Ikan Kuah Laksa
Kuah laksa yang berlebihan tentu sayang dibuang. Anda boleh menapis kuah laksa untuk mengumpul isi ikan. Gorenglah menggunakan dua camca minyak hingga kering untuk dijadikan serunding. Sedap dan tidak membazir.
Add comment Oktober 29, 2007
Puding Roti Jagung
1. 2 keping roti (dipotong dadu)
2. 1 cawan susu cair
3. 20 gram coklat cair
4. 50 gram jem ceri
5. 150 gram jagung manis (jagung dalam tin)
Cara
Masukkan jagung kedalam mangkuk.
Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
Masukkan roti dan kacau rata.
Apabila sebati tuangkan kedalam mangkuk.
Hiaskan dengan coklat dan jem ceri diatasnya.
Siap dihidang!
Add comment Oktober 26, 2007
Cengkih Penawar Sakit Gigi
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insyaallah berkesan.
Add comment Oktober 25, 2007
Laksa Thai
Bahan-Bahan
BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm lengkuas
2 batang serai
3 batang cili kering
sedikit garam
belacan bakar
1 potong ikan tenggiri masin
BAHAN-BAHAN
250 ml santan kelapa
200 g isi ikan selar
3 sdm sos ikan
gula
250 ml air rebusan ikan
daun selasih
1 kg mee kuning
1 batang peria (direbus)
10 batang cilipadi
bawang goreng
kangkong (direbus)
2 biji telur rebus
kacang panjang
taugeh
lemon
Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan santan kelapa, isi ikan, sos ikan, gula dan air rebusan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Akhir sekali masukkan daun selasih.
Add comment Oktober 24, 2007
Atasi Masalah Bulu Roma Lebat
Mempunyai bulu roma lebat tentu merisaukan. Untuk mengatasinya, ambil dua camca besar air limau nipis, campur sedikit gula pasir dan kacau sebati. Kemudian sapukan ketangan atau kaki yang berbulu roma lebat. Biarkan kering setengah jam dan cuci. Lakukan sekali sehari. Insyaallah bulu roma akan gugur.
Add comment Oktober 22, 2007



