Archive for November 2007
Kulit Tauhu Berinti Udang
Bahan-Bahan
300g udang
2 sudu besar minyak bawang putih
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
200g tepung kanji
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 batang daun sup dihiris halus
8-10 keping kulit tauhu
Cara
1. Kisar semua bahan kecuali daun sup dan kulit tauhu sebagai inti selama 5 minit.
2. Setelah mengisar semua bahan inti barulah masukkan daun sup dan gaul rata.
3. Bungkus inti di dalam kulit tauhu. (Seperti menggulung popiah)
4. Goreng selama 3 minit sebelum diangkat.
Add comment November 26, 2007
Halau Semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Insyaallah semut tidak akan datang lagi.
Add comment November 23, 2007
Kata Hikmat
Yang manis akan dapat dirasa kemanisannya setelah merasa yang pahit.
Add comment November 23, 2007
Kata Hikmat
Awasi lah perkataan mu itu kerana perkataan itu kadang-kala menjadi racun kepada teman kamu.
2 comments November 21, 2007
Kofta ala Turkey
Bahan-bahan
½ kg Daging cincang (lembu)
1 biji Bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil Jintan putih
1 sudu kecil Lada putih
2 sudu kecil Daun ketumbar (dicincang)
2 keping Roti
Garam secukup rasa
Cara
1. Campurkan ke semua bahan-bahan itu dan bentukkannya seperti bola.
2. Sapukan dulang ketuhar dengan minyak zaiton dan letakkan bebola daging ke atasnya dan bakar
Sos
2 biji Bawang putih
6 batang Lada merah
¾ cawan Sos tomato
Garam dan Gula secukup rasa
Sedikit jus limau
Cara
1. Kisarkan kesemua bahan-bahan itu
2. Hidangkan dengan bebola daging cara berasingan
Add comment November 21, 2007
