Archive for Disember 2007

Tiramisu

 tiramisu-stretched-canvas-print-c12952667.jpeg

Bahan-Bahan

21 keping biskut (lady’s fingers) BOUDOIR
Whip Cream
Cream Cheese
2 sudu makan serbuk kopi segera, dibancuh dengan
1 mangkuk air panas
Hirisan buah peach dalam tin, ditapis
1 sudu teh penuh serbuk koko
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 dish kaca

Cara

1. Bancuh kopi dengan air panas sehingga rata.
2. Celup sebentar sebatang biskut didalam air kopi, dan atur didasar dish kaca Buat yang sama kepada 6 batang lagi dan atur sehingga menjadi satu lapis. Tetapi biskutnya hendaklah dicelup satu persatu, tidak boleh dicelup lebih dari satu, kerana ia cepat lembek dan berderai.
3. Spray krim diatas biskut sehingga rata dan tertutup.
4. Celup lagi biskut, satu demi satu dan atur diatas krim untuk lapisan kedua. Kemudian sapu krim cheese diatas biskut lapisan kedua ini, sehingga rata dan mampat.
5. Celup lagi biskut, satu demi satu, untuk lapisan ketiga, dan atur diatas krim cheese. Spray krim diatas biskut lapisan ketiga ini, sehingga rata dan cantik.
6. Tabur diatasnya serbuk koko dan serbuk kayu manis hingga rata. Gunakan tapisan the untuk menabur. Barulah hias diatasnya dengan buah-buahanya.
7. Segera masukkan kedalam peti sejuk, selama sekurang-kurangnya 1 jam.

Add comment Disember 24, 2007

Dadih

 images1.jpg

Bahan-Bahan

120 gm tepung

250 ml air

5 gm agar-agar

320 gm gula

1 – 2 titis pewarna merah

1 sudu teh esen ros

 Cara

 1. Masak agar-agar dan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga sebati.

2. Tuangkan kedalam acuan dan biarkan keras dalam petisejuk.

Add comment Disember 18, 2007

Kapur Penanggal Kutil

Satu camca teh kapur dicampur dengan sedikit belerang dan perahan jus limau nipis dibancuh bersama untuk dijadikan krim. Sapukan bancuhan tersebut pada kutil dan ulanginya beberapa kali sehingga kutil tertanggal dengan sendirinya.

Add comment Disember 18, 2007

Kata Hikmat

Ilmu yang bertakhta di dalam dada ada lah harta yang tidak mungkin habis walaupun selalu digunakan.

Add comment Disember 14, 2007

Tauhu Cantik Selepas Digoreng

320px-soya-beancurd-tahu-yellow.jpg

Tidak semua orang akan mendapat tauhu cantik selepas digoreng. Untuk mengekalkan rupa tauhu ini, taburkan sedikit garam halus kedalam minyak yang betul-betul panas sebelum menggoreng tauhu. Hasilnya, tauhu tidak melekat dan minyak yang digunakan masih elok jika mahu menggunakannya semula bagi menggoreng ayam atau ikan.

Add comment Disember 12, 2007

Previous Posts


Top Resources blogs
Koleksi pantang-larang, petua, kata-kata hikmat, resipi dll.

Resipi

Biskut Daging Ikan Kerepek Kueh-Mueh Mee Nasi Pencuci Mulut Roti Tauhu Udang

a

Arkib

1356

My Blogs

who's online

Komen Anda

henna96 pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
Azwir pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
kay pada About Me
eshven pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Petua Mencuci Hati
edza pada Petua Mencuci Hati
honey pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah