Archive for Januari 2008

Khasiat Kacang Tanah

chinese_peanuts_groundnuts.jpg

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dagaging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

4 comments Januari 23, 2008

Ikan Pari BBQ Bersama Sos Limau Cili

ikan-pari.jpg

Bahan-Bahan

800 gm ikan pari
150 cili merah
30 gm bawang merah kecil
10 gm bawang putih
10 biji limau nipis
Daun pisang
Garam
Gula
Lada Sulah

Cara Cara

Rumuskan ikan pari bersama jus limau nipis daripada dua biji limau, garam dan lada sulah. Letakkan ketepi selama 10 minit.
Kisarkan cili, bawang merah kecil dan bawang putih bersama air sehingga hancur. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga minyak timbul. Campurkan jus limau nipis dan masukkan sekali dengan kulit limau. Tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
Barbeku ikan pari dan sapukan dengan sos di sekelilingnya dan hidangkannya di atas daun pisang.

Add comment Januari 9, 2008

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X..

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

“Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.”

2 comments Januari 2, 2008


Top Resources blogs
Koleksi pantang-larang, petua, kata-kata hikmat, resipi dll.

Resipi

Biskut Daging Ikan Kerepek Kueh-Mueh Mee Nasi Pencuci Mulut Roti Tauhu Udang

a

Arkib

1356

My Blogs

who's online

Komen Anda

henna96 pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
Azwir pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
kay pada About Me
eshven pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Petua Mencuci Hati
edza pada Petua Mencuci Hati
honey pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah