Petua Mencuci Hati

Januari 2, 2008

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X..

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

“Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.”

Entry Filed under: Petua. .

2 Comments Add your own

  • 1. edza  |  Februari 1, 2008 at 10:48 am

    Alhamdulillah,saya rasa insaf dan ingin membersihkan jiwa dan nurani saya..dan tiba2 teringat saya akan kejahatan yg sya pernah saya lakukan..terima kasih kpada dr fadzilah kamsah yg memberi pandangan dlm blog ini…mudhan kbaikan yg dberi dblas dgn 2 x gnda baiknya dripada yg biasa..Amin3x di saya warga brunei

  • 2. henna96  |  Februari 2, 2008 at 2:11 pm

    Amin.. Kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan bila kita sedar kesilapan itu cepat-cepatlah kita perbaikinya.

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Top Resources blogs
Koleksi pantang-larang, petua, kata-kata hikmat, resipi dll.

Resipi

Biskut Daging Ikan Kerepek Kueh-Mueh Mee Nasi Pencuci Mulut Roti Tauhu Udang

a

Arkib

1356

My Blogs

who's online

Komen Anda

henna96 pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
Azwir pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
kay pada About Me
eshven pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Petua Mencuci Hati
edza pada Petua Mencuci Hati
honey pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah