Archive for Mac 2008

Buah Pala Legakan Sakit Kepala

images.jpg

Buah pala yang dikeringkan, diasah atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan beberapa titisan air putih atau air mawar, bagi menambah kesegaran. Sapukan campuran itu di dahi atau dibelakang leher. Biarkan seketika sehingga kering. Ketika menyapu campuran itu hendaklah berhati-hati kerana ia agak pedih atau pedas. Jangan sapu terlalu banyak ditakuti kulit akan menjadi sensitive.

Biarkan sapuan itu kering anda akan rasa berangin dan pedih atau pedas sebentar biarkan seketika dan rehat.

Akan terasa juga kesannya, terutama apabila sakit kepala itu agak berdenyut. Perlu di ingat, apabila menggunakan petua ini jangan disapu berkali-kali dan hentikan sebaik sahaja rasa pening kepala terasa pulih, kerana ia boleh merusak kulit akibat rasa pedas buah pala.

Add comment Mac 17, 2008

Apple Pie

aapple-pie.jpg 

Bahan-Bahan 

250 g mentega
500 g tepung gandum, diayak
¾ sudu teh garam
1 biji telur. dikocak dengan
5 sudu makan air wap (sejuk)

Bahan Inti Pie

6 biji buah epal hijau, dipotong-potong
6 sudu teh raisin
1 sudu teh serbuk kayu manis
150 g gula pasir
30 g mentega

Cara Cara

Gaulkan mentega dengan tepung dengan mengunakan jejari
sehingga menjadi abuk roti. Masukkan campuran air dan
telur, sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang
lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama
10-20 minit.
Canai doh sehingga tipis dan dipotong-potong empat persegi.
Isikan inti epal diatas setiap kepingan doh. Lipat dua dan
lekatkan dengan sedikit air sekelilingnya. Tekankan dengan
garfu sehingga bercantum rapat. Sapukan kuning telur
diatasnya dan atur dalam tin pembakar. Bakar dengan
kepanasan 200 darjah selama 20-25 minit, atau sehingga
kekuning-kuningan.

Cara Buat Inti

Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga
epalnya lembut dan sejukkan.

Add comment Mac 3, 2008


Top Resources blogs
Koleksi pantang-larang, petua, kata-kata hikmat, resipi dll.

Resipi

Biskut Daging Ikan Kerepek Kueh-Mueh Mee Nasi Pencuci Mulut Roti Tauhu Udang

a

Arkib

1356

My Blogs

who's online

Komen Anda

henna96 pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
Azwir pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
kay pada About Me
eshven pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Petua Mencuci Hati
edza pada Petua Mencuci Hati
honey pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah