Kapur Penanggal Kutil

Satu camca teh kapur dicampur dengan sedikit belerang dan perahan jus limau nipis dibancuh bersama untuk dijadikan krim. Sapukan bancuhan tersebut pada kutil dan ulanginya beberapa kali sehingga kutil tertanggal dengan sendirinya.

Add comment Disember 18, 2007

Kata Hikmat

Ilmu yang bertakhta di dalam dada ada lah harta yang tidak mungkin habis walaupun selalu digunakan.

Add comment Disember 14, 2007

Tauhu Cantik Selepas Digoreng

320px-soya-beancurd-tahu-yellow.jpg

Tidak semua orang akan mendapat tauhu cantik selepas digoreng. Untuk mengekalkan rupa tauhu ini, taburkan sedikit garam halus kedalam minyak yang betul-betul panas sebelum menggoreng tauhu. Hasilnya, tauhu tidak melekat dan minyak yang digunakan masih elok jika mahu menggunakannya semula bagi menggoreng ayam atau ikan.

Add comment Disember 12, 2007

Yee Mee

images.jpg
Bahan-Bahan

1 bungkus Yee mee
1 dollar Sawi panjang – dipotong-potong
½ bungkus Cendawan kering – direndam dengan air panas dan dipotong tiga
2 sudu kecil Serbuk lada hitam
2 sudu besar Kicap pekat hitam
2 sudu besar Sos tiram
10 ulas Bawang putih- dicincang halus
Beberapa keping Ayam bahagian tulang

Cara

1. Ayam diperap bersama serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Tumis bawang putih, diikuti pula dengan ayam yang diperap tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cendawan yang dipotong tiga dengan air rendamannya.
4. Masukkan kicap dan tambah air panas mengikut berapa banyak yee mee yang digunakan. Biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali masukkan yee mee dan sawi, gaul rata sehingga masak.

Add comment Disember 4, 2007

Kata Hikmat

Wahai Teman…janganlah sombong dan takbur! Ingatlah asal kejadianmu dan akhir tempat kembalimu!

Add comment Disember 4, 2007

Next Posts Previous Posts


Top Resources blogs
Koleksi pantang-larang, petua, kata-kata hikmat, resipi dll.

Resipi

Biskut Daging Ikan Kerepek Kueh-Mueh Mee Nasi Pencuci Mulut Roti Tauhu Udang

a

Arkib

1356

My Blogs

who's online

Komen Anda

henna96 pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
Azwir pada Sembuhkan Sembelit Pada B…
kay pada About Me
eshven pada Udang Tempura Bersama Sos…
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Petua Mencuci Hati
edza pada Petua Mencuci Hati
honey pada Khasiat Kacang Tanah
henna96 pada Khasiat Kacang Tanah