Entri BerlabelPencuci Mulut
Apple Pie
Bahan-Bahan
250 g mentega
500 g tepung gandum, diayak
¾ sudu teh garam
1 biji telur. dikocak dengan
5 sudu makan air wap (sejuk)
Bahan Inti Pie
6 biji buah epal hijau, dipotong-potong
6 sudu teh raisin
1 sudu teh serbuk kayu manis
150 g gula pasir
30 g mentega
Cara Cara
Gaulkan mentega dengan tepung dengan mengunakan jejari
sehingga menjadi abuk roti. Masukkan campuran air dan
telur, sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang
lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama
10-20 minit. Canai doh sehingga tipis dan dipotong-potong empat persegi.
Isikan inti epal diatas setiap kepingan doh. Lipat dua dan
lekatkan dengan sedikit air sekelilingnya. Tekankan dengan
garfu sehingga bercantum rapat. Sapukan kuning telur
diatasnya dan atur dalam tin pembakar. Bakar dengan
kepanasan 200 darjah selama 20-25 minit, atau sehingga
kekuning-kuningan.
Cara Buat Inti
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga
epalnya lembut dan sejukkan.
Add comment Mac 3, 2008
Tiramisu
Bahan-Bahan
21 keping biskut (lady’s fingers) BOUDOIR
Whip Cream
Cream Cheese
2 sudu makan serbuk kopi segera, dibancuh dengan
1 mangkuk air panas
Hirisan buah peach dalam tin, ditapis
1 sudu teh penuh serbuk koko
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 dish kaca
Cara
1. Bancuh kopi dengan air panas sehingga rata.
2. Celup sebentar sebatang biskut didalam air kopi, dan atur didasar dish kaca Buat yang sama kepada 6 batang lagi dan atur sehingga menjadi satu lapis. Tetapi biskutnya hendaklah dicelup satu persatu, tidak boleh dicelup lebih dari satu, kerana ia cepat lembek dan berderai.
3. Spray krim diatas biskut sehingga rata dan tertutup.
4. Celup lagi biskut, satu demi satu dan atur diatas krim untuk lapisan kedua. Kemudian sapu krim cheese diatas biskut lapisan kedua ini, sehingga rata dan mampat.
5. Celup lagi biskut, satu demi satu, untuk lapisan ketiga, dan atur diatas krim cheese. Spray krim diatas biskut lapisan ketiga ini, sehingga rata dan cantik.
6. Tabur diatasnya serbuk koko dan serbuk kayu manis hingga rata. Gunakan tapisan the untuk menabur. Barulah hias diatasnya dengan buah-buahanya.
7. Segera masukkan kedalam peti sejuk, selama sekurang-kurangnya 1 jam.
Add comment Disember 24, 2007
Dadih
Bahan-Bahan
120 gm tepung
250 ml air
5 gm agar-agar
320 gm gula
1 – 2 titis pewarna merah
1 sudu teh esen ros
Cara
1. Masak agar-agar dan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga sebati.
2. Tuangkan kedalam acuan dan biarkan keras dalam petisejuk.
Add comment Disember 18, 2007
Agar-Agar Pelangi
Bahan-Bahan
½ tahil agar-agar
1 gelas besar susu cair
1 ½ gelas gula pasir
3 camca besar tepung kastard 2 biji telur
Air untuk memasak agar-agar
Pewarna yang disukai
Cara
Masakkan agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula dan masaklah hingga mendidih. Perlahankan api. Sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam dua bekas yang leper, campurkan pewarna yang berlainan ke dalamnya. Apabila sejuk, potong kecil-kecil. Susu cair diblenderkan bersama telur, tepung kastard, garam dan masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api yang sederhana. Kacau hingga mendidih. Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan potongan agar-agar tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras.
Siap dihidang sebagai “Kepala Meja” pada Hari Raya!
Add comment Oktober 10, 2007

